agar-agar roti yg saya buat..cantik x??hehe.. |
1 peket agar - agar bertali - 20 gram
6 cawan air
200 gm gula pasir
1 tin susu cair
6 keping roti - Mas guna kulit roti sekali
1 biji telur
3 jenis pewarna
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara:
Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair , esen vanila dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.
Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
Bahagikan ke-2 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.
Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.
hasil ny..tadaa..!!!hehe |
bentuk lain..hehe,tp rasa sama je.. |
acuan yg diguma kan.. |
acuan ny lebih kecik sikit..sng sikit nk mkn kn..hehe,sekali ngap jek..hehe |