BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jom Klik Sini

Friday 23 March 2012

Agar-Agar Roti...!!!

HAI kawan-kawan..hari ni saya dan ibu cadang nk try buat agar-agar roti..alhamdulilah menjadi..hehe,jadi entry kali ni saya nk kongsi lah resepi cara nk buat agar-agar puding.. :) nanti kawan2 pon boleh la try jugak ok..


agar-agar roti yg saya buat..cantik x??hehe..

actually saya jumpa resepi ny kt internet..jadi nk kongsi la dengan kawan2.. :)

Bahan-bahan:

1 peket agar - agar bertali - 20 gram
6 cawan air
200 gm gula pasir
1 tin susu cair
6 keping roti - Mas guna kulit roti sekali
1 biji telur
3 jenis pewarna
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara:

Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair , esen vanila dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.
Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
Bahagikan ke-2 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.
Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
Sejukkan didalam peti sebelum dipotong. 

kalau nk lemak2 sikit,boleh tambah susu pekat n mentega.

hasil ny..tadaa..!!!hehe



bentuk lain..hehe,tp rasa sama je..

acuan yg diguma kan..



acuan ny lebih kecik sikit..sng sikit nk mkn kn..hehe,sekali ngap jek..hehe


ok la,setakat tu jup yg dapat saya kongsi kan dengan kawan-kawan..kalau ad masa,cuba la..simple jup nk buat ny..selamat mencuba.. :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comment: